Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Monday, January 25, 2010
Friday, January 22, 2010
PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR
Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti.
Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.
Sunday, January 17, 2010
17 jan 2010
happy birthday bro din..
happy birthday tupeii..
bday suprise tuk tupei d utm..haha..everybody happy and enjoy it..hihi..sori tupei aku tuang tepung d palak ko..bez gila..hahhaahhahaha..
tahniah kpda mereka yg menjayakan rancangan Izzat (ketua rombongan)-jum,emy,pat,kasrul,raymond,syafiq n others.. ^-^
semoga panjang umur dan murah rezeki kehendaknya..d ketemukan jodoh yg baik2 dari keturunan yg baik2.. Insya Allah.. amin ya rabbal alamin..
happy birthday tupeii..
bday suprise tuk tupei d utm..haha..everybody happy and enjoy it..hihi..sori tupei aku tuang tepung d palak ko..bez gila..hahhaahhahaha..
tahniah kpda mereka yg menjayakan rancangan Izzat (ketua rombongan)-jum,emy,pat,kasrul,raymond,syafiq n others.. ^-^
semoga panjang umur dan murah rezeki kehendaknya..d ketemukan jodoh yg baik2 dari keturunan yg baik2.. Insya Allah.. amin ya rabbal alamin..
Monday, January 4, 2010
Kuala Lumpur
3 ari 2 mlm d kuala lumpur.. bersama-sama housemate tersayang.. azreen, sal, naemah n wani.. i love u all..masa yg terlalu singkat ini akan aku penuhi dgn kenangan2 indah selama aku masih ada d johor..
at d same time.. ampunkan aku andainya terlalu byk kesalahan, kesilapan yg telah aku lakukan yg mungkin membuatkan korang terasa hati or else.. maafkan aku..
aku doakan, walaupun aku berada d kejauhan nnt, semoga persahabatan kita akan kekal smpi ke akhirat Insya Allah.. amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
